SEMPADAN (SYAIR)



Ringkih asa ber-alun metafora
Penjuru maya bertebar wanita
Amboi , manisnya perhiasan dunia
Pening kepayang hamba berkeringat dosa.

Celaka daku! Celaka daku!


Lari-lah daku ke tepian
Kusut kasut tergores bebatuan
Mencari sadar dibalik pepohonan
Disitulah daku dibimbing Tuhan.

Demikianlah; Daku , Tuan.

Corak-carak warna penghujung zaman
Dindingnya berlapis kegilaan
Buhul-buhul iblis dihempaskan
Halus menghunus berdarahkan penyesalan.

Duh , mustika Adam lekat sangat dengan kesalahan.

Tapi , Tuhan berjanji ,Tuan.
Pabila pandai memelihara iman
Mengais mesra sunnah dan Al Qur'an
Syaithan pun hilang waras berkawan ketakutan.

Demikianlah ; Tuhan , Tuan.

Wanita jangan Tuan sakiti
Patah sekali , pantang tumbuh dua kali
Julang belulangnya mustahil lurus
Dan jidat Tuan muncul diantara subilnya.

Sampai bila sempadan derita?
Ucap Tuan berbilang tanya.
Wanita laksana rimba.
Tuan kejar , tuan tersesat.

Sambangi sesekali
Do'akan berkali-kali
Bilamana Tuan tiada di hati
Esok lusa pasti-lah Tuhan ganti.

Demikianlah ; Cinta , Tuan.


Bogor
Isnin , April 23
10:17 WIB

0 comments:

Post a Comment